setelah 5 hari miss p delay saya kuatkan hati utk buat UPT..tp seperti yang aku sangka result nya adalah -ve dan ianya sangat menyakitkan dan mengecewakan..Tuhan bagi aku kekuatan untuk menghadapi semua ini..saya sangat tertekan dengan situasi ini..saya terlalu lemah untuk mengahadapi dugaan ini..bila semua orang bertanya bila nak tambah satu lagi c abang dan besar dah sesuai sangat nak tambah.. tp apakan daya aku dah sehabis daya berusaha selebihnya aku serahkan saja dengan Tuhan..Tuhan akan menjawab doa aku sesuai pada masaNya..Tuhan pasti dengar doa dan tangisan aku..Tuhan tidak pernah mebiarkan aku berjalan sendirian bila aku terlalu lemah untuk menghadapi hidup ini..Malah Tuhan akan menggendong aku bila aku tida berdaya lagi untuk berjalan.Tuhan akan memberikan bahuNya bila aku perlukan tempat untuk bersandar..Tuhan maafkan segala dosa-dosaku,maafkan segala kata-kata ku yang menyakiti Engkau..Aku tahu Tuhan Engkau telah mati di kayu salib untuk menebus dosa-dosaku..ajar aku untuk sentiasa mengucap syukur dalam setiap keadaan sebab saya tahu Tuhan Engkau yang akan sentiasa mencukupkan segala keperluan ku..Terima kasih Tuhan kerana kasih dan berkat Mu yang tidak pernah berkesudahan dalam hidup aku.Amin
Lega rasanya bila segala bebanan aku serahkan pada Mu Tuhan..Semoga saya melihat pelangi selepas hujan air mata ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan