Khamis, 28 Ogos 2014

Apa yang terjadi???

Tuhan dugaan apa lagi yang harus ku hadapi..cubaan apa lagi yang harus ku tempuhi..aku insan lemah Tuhan..aku tidak kuat utk semua ini..berapa banyak lagi air mata yang harus aku keluarkan..Tuhan tolong aku Tuhan..aku tidak mahu kehilangan kandungan ini Tuhan..aku sudah terlalu lama menunggukannya..aku sudah terlalu lama menantikannya..Kuatkan hati aku Tuhan..Berikan aku mukzijat mu Tuhan..Berikan aku ketenangan minda dan fikiran..sekiranya Tuhan hendak ambil kandungan ini dari aku jadikan la dia Malaikat yang sentiasa menjaga kami sekeluarga.Biarlah dia sentiasa mendampingi kami dengan doa2 yang penuh dengan kemulianMu..Jadikan la anak ini sebagai Malaikat yang akan menunggu kami di syurga satu hari nanti..Dan sekiranya Tuhan mahu kandungan ini selamat sehingga kelahiran,biarla dia sempurna fizikal dan mental tanpa sebarang penyakit sehingga selamanya..Jaga dia untuk aku Tuhan,kerana hidup ku,kandungan ini dan seluruh keluarga aku Tuhan terletak di tangan Mu..Engkau berhak keatas kami di dunia ini..Terima Kasih Tuhan kerana telah memberikan aku anak yang sepurna fizikal dan mental,sihat selalu tanpa sebarang sakit penyakit.Dia kini telah berumur 5 tahun.Walau di mana saja dia berada sy percaya Tuhan engkau yang disana menjaga dia..Pujian syukur hanya kepada Mu Tuhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan