Ahad, 26 Julai 2015

what i have done

saat ini hati sangat-sangat tidak tenang,aku tidak perlukan suami tapi anak2 perlukan mereka..apa yang harus menjadi pilihan kehendak hati atau keperluan..hilang segala rasa cinta yang telah aku simpan selama ini..aku bertahan kerana cinta pada mulanya,dan bertahan juga kerana anak2..tp sampai bila aku harus lalui semua ini..hanya kesakitan yang selalu di hadapi,kasakitan yang kadang menyeksa diri ini..tamparan yang aku bagi tidak mungkin dapat mengubati luka yg makin parah dalam hati ini..rasa cinta dan sayang kini bertukar benci..sy tidak menginginkan hadiah mewah tp susah sgt ka meluangkan masa untuk kami..kamu pilih kawan dari keluarga..kami tidak penting dalam hidup kau..entahlah biarlah masa yang menentukan segalanya..Tuhan aku serahkan hubungan perkahwinan kami di tgn Mu..jika perpisahan yang terbaik..aku terima dengan seadanya..

Rabu, 3 Jun 2015

Baby Chester dilahirkan secara c-section

walaupun sy teringin sangat melahirkan baby dengan cara normal tetapi tetap tidak berjaya..Terima kasih Tuhan keran telah memberikan saya peluang untuk melahirkan baby Chester ke dunia ini..Saya percaya Tuhan Chester adalah anugerah terindah yang kau hadiahkan kepada kami sekeluarga..Bermacam-macam rintangan yang kami lalui..Tuhan tolong dengar doa aku,Chester terlalu kecil untuk menghadapi kesakitan..Tolong berikan dia kesembuhan Bapa..saya tidak mau dia menghadapi segala sakit penyakit apa lagi penyakit keturunan yg dia bawa membesar.Tuhan sekarang dia mengalami masalah kurang darah merah Tuhan.Saya mohon Tuhan engkau jamah dia dengan kuasa Darah Mu agar dia disembuhkan secara total dan tidak perlu lagi membuat ujian darah Tuhan..aku stress memikirkan semuanya Tuhan..aku serahkan segala bebanan aku kepada mu Tuhan.

Jumaat, 13 Mac 2015

I hope im the lucky one

bukan semua orang bernasib baik..tapi sy mengharap sangat saya adalah seorang yang bertuah..Tuhan berikan aku ketenanganmu..fikiran ini sungguh tidak tenteram..saat2 menunggu kelahiran anak yang kedua ini amatlah di nanti2kan..semoga semuanya berjalan dengan lancar..biarlah saya bersalin secara normal tanpa sebarang bantuan ubat2an untuk mempercepatkan kelahiran..sy sedikit tertekan dengan semuanya..risau pasal abang,risau pasal kesihatan saya,risau pasal kewangan..risau pasal segala-galanya..

Rabu, 11 Mac 2015

37 weeks

agaknya bila baby nak keluar yer..mommy a little bit nervous..mommy harap baby keluar dengan sihat dan sempurna sblm due..mommy taknak pergi hospital likas utk bersalin..mommy sangat risau tinggalkan abang lama2..baby anak yang baik kan..tolonglah mommy supaya kali ini mommy boleh bersalin dengan secara normal..Tuhan berikan akan kekuatan untuk menempuhi semua ini..sy mohon sangat Tuhan semoga anak dalam kandungan ini sempurna dan sihat fizikal dan mental,dan saya juga mohon Tuhan semoga kandungan pada kali ini saya dapat bersalin dengan normal tanpa sebarang masalah..berikan aku juga kesihatan yang baik Tuhan dalam sepanjang kehamilan ini..segala rasa tertekan,takut dan cemas..aku mohon Tuhan supaya engkau yang memberikan aku kekuatan,semoga aku sentiasa kuat menghadapi semuanya.Amin

Jumaat, 23 Januari 2015

I'm 30 week now

Baby makin aktif,pakaian baby sdh lebih separuh disediakan..Baby C,mommy minta maaf sebab tidak menjadi isteri yang baik untuk daddy..Tapi mommy janji,mommy akan jadi mommy yg baik utk Abang dan Baby..mommy minta maaf juga sebab pisahkan baby dari daddy tp percayala semua ini mommy buat untuk kebaikan kita semua..Selama hampir 8 tahun mommy hidup bersama2 dengan daddy,lebih banyak mommy menangis dari ketawa,lebih banyak mommy disakiti dari disayangi..mommy masi keliru sama ada betul atau tidak tindakn mommy tp mommy harap masa akan menentukan semuanya..mommy memang kurang sabar,berfikiran pendek tapi mommy hanya mahu yang terbaik untuk kita..mommy tidak mahu, daddy jadi daddy yang tidak bertanggungjawab..mommy mahu daddy sedar,kita perlukan dia..mommy mau daddy sedar yang kita la orang yang dia akan cari dalam senang atau pun sedih..tapi sukar untuk memahami mommy,atau lansung tidak cuba untuk memahami mommy..Baby hanya perlu 10week lagi untuk jumpa mommy,abang dan daddy..mommy dah tak sabar2 lagi nak jumpu baby,wlupun mommy sllu rasa baby gerak2.kadang cubuk2 kat komputer screen,tp mommy excited juga nak jumpa baby,mommy nak cium baby,nak peluk baby,nak dengar baby menangis,nak dengar baby ketawa..semuanya mommy excited mcm mommy tunggu abang dulu..abang pun tak sabar nak jumpa baby juga,abang tak sabar nak bg tgk semua mainan kat baby,abang tak sabar nak bermain dengan baby,abang juga tak sabar nak tgk video kegemarn abang bersama2 dengan baby..sekarang baby kena kuat dalam perut mommy,kena jadi sihat fizikal dan mental,mcm mommy juga..mommy kuat kerana ada abang dan baby yg jadi jantung hati mommy..mommy tidak perlukan apa2 selagi mommy ada kamu berdua mommy sdh cukup gembira..mommy bertahan selam ini dengan daddy sbb mommy nak abang,baby jadi bahagia, tp nampaknya,daddy tak perlukan kita,daddy lebih pentingkan kawan2nya dari kita..jadi mommy ambil keputusan untuk bebaskan daddy..semoga pengorbanan yang mommy lakukan memberi banyak berkat untuk keluarga kita..Tuhan melihat setiap hati kita.pertolongannya tidak pernah terlambat..Tuhan maafkanlah setiap dosa2 yang telah aku lakukan aku hanya ingin sedikit kebahagian dalam hidup ini..