1 March: isu Lahad Datu yg melanda sabah sejak 12 feb(klu tak silap la) telah menjadi kepuncak apabila berlakunya pertempuran di antara pasukan keselamatan kita dengan pengganas Jamalul Kiram.. 2 org pasukan keselamtan kita terlah terkorban dan 3 lagi yg cedera..RIP..saya mmg tak dapat tidur sepanjang malam itu..macam2 info yg btl dan tak betul yg dipost kan fb..aduhai..lagi2 kawasan kudat pun kena red alert jg..rumah kami lg yg hanya 3km jauh dr persisiran pantai lagi la buat mata nie tak bleh tutup..
2 March 2013: Kumpulan keselamatan kita diserang hendap di Kg Siminul Semporna..6 orang pasukan keselamatan kita terkorban dan diperlakukan kejam oleh pengganas Jamalul Kiram..dan beberapa lagi yg cedera..RIP semuanya..
5 March 2013: Pasukan keselamatan kita mula menggempur tempat persembunyian itu dengan menjatuhkan beberapa biji bom seawal jam 7.30 pagi dan tiada pasukan keselamatan yang cedera dah terkorban..ambi ko pengganas sarapan lah dengan bom baru padan muka ko..sy tak teringin nak record berapa pengganas yg terkorban..buat penat aku jer..
12 March 2013: 2 lagi anggota keselamatan kita terkorban dan 1 lagi cedera..RIP..
Terima kasih kepada pasukan keselamatan kerana sanggup bertarung nyawa untuk keamanan negara..Jasamu tetap di kenang..Damai la di alam sana..
Puisi Perwira Negara